Fa'ai Fieko Teedoe Fiella suka suki kehidupan sendiri =)

Mar 22, 2011

Sempurna

Kadang kala semua benda tak sempurna kan ? Yelah . Kalau semua sempurna , bumi ni akan di kuasai dengan chimpanzee lah kan ! Sebab chimpanzee dengan manusia beberapa peratus je tahap otak dia dengan manusia . Hoho . Tahap permulaan , kita sanggup bersabar setiap detik demi menunggu .. dan ada yang mula celoteh " awak ! awak ! saya tunggu awak ni .. !" cehh ! sabar lagi ke kalau sekali dia sakitkan jiwa orang lain ? Sebab dia , semua orang macam lipas . Opp ! Lipas kudung jee .

_________________________________________________________________________

Tapi , pada detik dan minute ni , dia buat semua manusia di kawasan kota sakit hati dengan nya sebanyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak (10000000x) Err~ kira lah sendiri berapa banyak kali . Ayat je menjiwang . Tapi , tak manis sangat untuk terpikat . Sebab sekarang harga gula meningkat . Disuruh pula menggunakan satu sudu je ..

Nak je sepak , terajang , makan lemping sambil melempang , minum minute pulpy selepas mengoncang !! (nada marah dengan penuh perasaan )  Ehh . Ehh . Kejap . Huh ! Sempurna balik pun kau ni ! Dari line 3G takde , tetiba je dapat (cehh . hp baling kucing pun boleh masuk 3G ke ?) hoho . takpe takpe . Janji dan confirm line maxis tuh penuh . 5 bars always ~ huh ~ ni baru nama sayang aku . takde prob kalau nak bergayut or messaging dengan sesape lagi .

Fieko Fiella

Mar 12, 2011

Alkisah aku dan dia

Begini lah cerita si dia dan aku yang sentiasa akrab walaupun di tempat tempat yang tidak sepatutnya dia berada . Bermula nya detik persahabatan , si dia telah dipertemukan dengan ku apabila seorang sahabat karib ku menyatakan hasratnya yang ingin menemukan aku . Pada awal nya , aku tak menyangka bahawa beliau akan menerima ku seadanya , namun , zaman dan masa telah merapatkan kami .. Setiap hari , jadi peneman hidup dikala sunyi , setiap malam berada disamping ku ~
 ____________________________________________________________________________

Didalam suka suka kehidupan aku , suatu hari , si dia telah membuatku rasa tawar hati dengan sikapnya . Masakan tidak , buatku selalu angin apabila time urgent , or dunia tengah kelam kabut , dia buat hal .. Aku sedar bahawa dia tak sesempurna yang lain . Aku masih menerimanya seadanya ~ Tetapi tidak bermakna aku menerima selamanya . Aku telah membuat keputusan untuk tinggal kan dia . Walhal , akan membuat hati nya luluh serta dirobek oleh ku .. Kini , aku telah jauh meninggalkan kehidupan lama dan mulakan yang baru . Dia aku telah simpan didalam laci . Bila ku buka kembali , terkenang disaat dia bersamaku bersama ..


Teettt.. Teettt... Teettt.. Tettt .. (dalam keadaan terkejut)

"Eh . Panjang betul usia kau ni kan cik handphone ? Aku fikir kamu telah tidak bernyawa lagi ."( lalu , aku campak balik dalam laci agar dia senyap kembali seperti dulu . haha ! agar tamat riwayat kau dan tidak menjanda lah handphone baru aku tu)

P/S : Begitu lah kisah aku dan si diaa .. wee~ macam cerita pasangan couple kan . tapi , tidak sama sekali .

Fieko Fiella

Mar 8, 2011

Sukantara

Walawey . Suka pulak setiap minggu akan diakan satu hari per 1-4 / 9 masa PNP diadakan sukantara . But hari ni , tamatlah acara sukantara yang dijalankan seperti selalu . Kini , tiba turn exam pulak nak mengegarkan sekolah ! Exam ? Sorry . Aku tak nak story dlue pasal exam . Aku nak story pasal kisah malang dan happy aku bersama ketika menjalankan sukantara ni . Almaklum , tahun lepas aku langsung tak aktif . By the way , memang kemalasan aku tahun lepas buat aku menkobar- kobar nak buat semua acara tahun ni ..


23/2 : Acara pecut 100 meter . Huh ! Malang sikit kot . Sebab trek larian tak bape stabil .. Aku tak berjaya menyumbang apa apa mata buat hari ni . Sebab lagi 2 langkah telah buat aku gagal untuk acara kali ni . huhu . Tak apa . Next time aku langkah besar yang aku mampu . huhu . Hanya 1 acara dijalankan ..


3/3 : Lontar peluru & langkah besar 400 meter . Err~ akak senior sudah boleh menyebut nama seseorang yang aku rapat . Adeihh . Lontar kasut boleh lepas 3 mata lah kot . huhu . Apa pun tak boleh bab melontar ni .. Langkah besar 400 meter ? Ni aku suka dengar dan kaki pun mengatal je nak lari . huhu . Tak disangka , di suku tempat aku berlepas , BERLECAK ! Nasib menyebelahi aku . Dapat kawal kelajuan dan kepantasan aku berlari . Aku tak sangka , hampir keseluruhan padang tu , aku tak rasa penat pun ! (Nada orang bangga sekejap jee ) Tapi apa boleh buat . Dah nak pecut untuk 100 meter lagi , wisel dah sayang sayang nak bernyanyi . Cikgu Murad pun suruh habiskan trek saja . Tak dapat aku menyumbang apa apa point untuk hari ni . Atleast aku dapat skor kan nombor 2/ 8 orang . wee~

8/3 : Lompat tinggi & lompat jauh . Apa seiyh ! Hari ni jee dah 3 kali aku tergelincir dek sebab rumput yang nak bermanja manja dengan embun . Percubaan pertama 1 mata , tak lepas sebab aku jauh sangat melompat dan mendarat . Percubaan kedua 1 mata , dapat berlepas dan mendarat dengan selamat . Percubaan 2 mata (kali ni aku sekali jee lompat) dapat selamat lagi . Percubaan pertama 3 mata , TAHNIAH ! Aku tergelincir serta merta didepan palang bertiang dua tu ! Rupanya , palang tu menghentak badan ku serta kuku kaki ku patah ! Percubaan kedua 3 mata , mencuba selagi terdaya . Aku terdiam dan terkedu sekejap sebab tak dapat melepasi hajat aku tu . huhu . Lompat jauh ? Aku mintak ice dari unit PBSM nak kurangkan kemelecetan kuku . Dalam keadaan yang kaki capik , tibai jela . Nasib lepas 1 mata . dapat menyumbang lagi tuk rumah sukan aku !

Dan segalanya TAMAT ~! Menanti tahun 2012 tuk aku buat lagi acara sebegini lagi . Hehehe .. =)

P/s : Kuku boleh tumbuh lagi , jangan risau . Hoho ~