Fa'ai Fieko Teedoe Fiella suka suki kehidupan sendiri =)

Dec 31, 2010

Goodbye 2010 Coming 2011 !


Goodbye . bubye . selamat tinggal . tata . titi . tutu . troot troot to 2010 !

perkataan yang dikatakan oleh member member aku kepada aku . oke .
terima kasih pada "message , call dan email" yang di sent kepada aku ..
wah ! semangat korang spt orang lepas shopping sakan kat plaza angsana dapat diskaun end year sale ..
yeah ! coming soon 2011 . selamat tahun baru , kalau boleh semua berazam nak jadi pendirian yang baru . jangan kan pendirian je , barang rumah , outfit , aksesori dari kereta sampai rumah , keperluan semua nak yang "baru" dan lebih mengikut "trend" semasa .
apa yang ada ni bersyukurlah dari tak ada langsung .. jangan lah nak shopping lebih had dan "lari bajet" disebabkan obses dan nafsu tu . matlamat aku tahun ni agak biasa biasa je . kot lah .  belum masa lagi nak pakai "kot" . hm . be more religious . dan prestasi yang meningkat ke arah kebaikan . dan elakkan dari selalu buat "merepek yang sebati dengan kerepek tu".
hoho !

Selamat tinggal 2010 , selamat jalan 2010 , within 2 hours you will be arrived ! tata =)

Welcome 2011 , selamat datang , selamat departure , selamat selamat selamat dan selamat lah 2011 !



 

Dec 29, 2010

In memory

Hoho , rindukan aku mase aku kecik kecik dlue . memang tak di sangkal yang aku akan tetap besar jua . (besar ? oke . aku akan dewasa) ngee~ selak punya selak , jumpa gambar lama . gambar lama , memang belum high kualiti lagi .. bukan bermakna yang lama tu kuno . wee~ cth yang boleh diambil , lesung batu . perghh ! buat sambal ketuk sure sedap dari blend . haha .

Gambar kat bawah ni ketika umur aku 5 tahun , holiday kat Genting . malang sekali , umur ku TIDAK dibenarkan bermain rooler coaster dan sebagai nya . yeah . malang sangat .
haha ! this is me ketika umur genap 5 tahun .. ngee~
haha .


gambar kat bawah ni , aku holiday dengan family ketika umur 9 tahun . ngee~ aku rindukan mase ni !
kat bawah ni , gambar aku dengan ayah . yeah .

ni aku ketika umur 9 tahun . haha .
venue : melaka kot ! entah . lupa .

haiyyoo ! sekali berlalu , langsung tak berlaku . even sekarang aku dah jarang nak jalan kerana mama pun busy exam , aku busy dengan sekolah . tak ada masa lagi nak outing dengan mereka . nak tak nak , bila shopping , melawat orang orang yang tersayang jep laa.. hee =)
dapat hangout dengan mereka dalam nightmare aku pun best ! dapat imaginasi lagi jelas . aku nak terbang kah , nak terjun kah , aku akan tetap berjaga juga .. huhu .


*sampai sekarang ter-mimpi kan david archuleta tu abang kandung aku ! ngee~ . besst dapat abang cam dia . 

Dec 27, 2010

Sahabat sejiwa

Wahh ! jumpa balik 'sahabat sejiwa' . hee =) suka suka . malang sekali , tak dapat jumpa farah azirah . hanya nur sabrina yang dapat jumpa . huhu .. wah ? pandai jugak yeah setelah aku dan 'farah' telah menghilangkan trauma kau bila berdepan dengan cam . haha . hidup sudah maju . hee =)

nur sabrina bt zainal abidin .
12/11/97
nick name : nana nanot .
"together happy ever after"
dahulu trauma pada "cam"
since she meet me and farah , it's just a sweetdream



"apa aku buat ni ? yeah . tunggu dia masuk rumah"

"nak pergi mana huh ?!"

"suka suka sama sama"

"haha ! tak boleh jauh dengan aku"

nana nanot . afiefa . peyqa

after all , lega sikit dapat jumpa kawan lama . hee =)
-to farah azirah ; hey beloved twins ! takpe .. next time , kita concer "cam" yeah ! haha =)

*relation , friend and a ship ? aku akan pilih "friendship" & a "ship" . friend for sharing a goodness . ship is for my future to be .

Sketch

Love to sketch ! haha , tak terlalu "obses" . cuma suka suka . hee =) kawan kawan pun banyak bagi idea . cuma malas nak "tiru trend" mereka . yeah . jangan klon orang lain punya ! just do want u can ! haha . exam exam pun masih boleh sketch yeah ? wookaka . bosan ..
"saya suka awak"
-just saja saja-



"saya suka awak =)"
you're mine ..

wahh ! aku buat saja saja , tapi kawan kawan ada buat pleasing . hee =) i'm not creative enough ..

Dec 26, 2010

4bia

It's mean , 4 ,FOBIA . kenapa ? first things yg aku tk suka adalah berkaitan lelaki . bagi aku mereka ni tak bernilai di depan mata . (sorry to say!) . second things , sahabat dalam kelambu . mereka ni musuh bg sesiapa sahaja . kerana dia perosak ukhwah seseorang mu'min . third things berdepan dengan khalayak umum . even , aku selalu berdepan dengan mereka , tapi jiwa aku masih trauma . and last things , persekitaran . berita yang agak mengejut spt kes buang bayi dan macam mcam jenayah yang berlaku .

1st fobia : lelaki . bukan tak bernilai di mata , cuma attitude sesorang yang perlu positif . if someone boleh buat aku berubah , masakan aku akan terus trauma lagi . dahulu memang aku ada lega jugak sebab ada orang yang nak dorong aku . tuptup .. aku tergamam bila dia ambil keputusan . diam jelah .

2nd fobia : sahabat dalam kelambu . banyak sangat trend sahabat ni .. ada muka baik , ayat manis . tapi , tu semua belakang story lah . aku pentingkan kejujuran . sebab 1 masa nanti , dia akan tolong aku . jadi tanggungjawab aku biarlah jadi seperti aku jadikan . dan bukan menjadi satu beban dan masalah !!

3rd fobia : berdepan khalayak . hm . yang ni tak berapa sangat lah . tapi masih dikira fobia lagi .totally , aku memang tak suka pergi ke suatu tempat yang ramai orang . sebab takut jika boleh menimbulkan fitnah . jadi , it's better tak perlu keluar dan duduk diam diam kat rumah . hee =)

4th fobia : persekitaran . ni membabitkan masyarakat setempat yang mengambil inisiatif atau dorongan sewajarnya .jujur aku katakan , aku hampir kena culik . jika tak kerana masyarakat yang peka , sure , aku tak akan open this blogger . hahaha . 5 years ago terjadi . parents masih study di penang time tu . jadi stay dengan grandmaa . huhu , tak tahu nak describe macam mana lagi .. hee =)
 

*coretan dari kisah yang telah dilalui ketika kanak kanak yang ku ingat smpai bila bila ..

Kaki & shopaholic

Kenapa dengan kaki ?? paling berguna buat aku of course , tidak lain dan tidak bukan "kaki shopping" , "kaki makan angin" (kadang kala "kaki naik angin".hee) , "kaki jalan" dan seumpama dengan "kaki kaki" tersebut .. huhu . 25 december 2010 . tarikh paling bermakna . disebabkan tarikh tersebut , dapat lah aku release tension sikit .

bermula dari jam 2 petang , aku melawat dahulu aunty aku kat skudai . but , dia takda . hubby dia dengan cousin aku je ada .. hee =)  nak buat program , family members sure tak cukup , jadi , aku tolong lah sikit buat makan petang . huhu . after je aunty aku balik office , aku excited nak 'hangout' dengan family . operasi pertama , dah ronda 1giant dekat plentong , but masih tak dapat barang yang dicari . penat dan malas nak cari jauh jauh . singgah sekejap kat plaza angsana . ngee~ . aku tahu nak beli apa . wahh ! about 1 hour and 30 mins , dah settle . benda yang mengarut aku beli .

why ? why ? why ? (adeiih . dah macam why why love pulak !)

caps - aku pakai tudung laa weyh . macam mana nak pakai cap .. hah . di situ dah menunjuk kan aku beli benda yang merepek . hoho .. *ayah aku kan lelaki , bagi jee laa =( . nak buang cap nike , sayang ..

bags - tak ada masalah . suka kumpul bag . cuma , jika terlampau banyak , pening sudah nak pakai yang mana ! *takpe . adik adik boleh pinjam , sharing means loving .

tee-outfits - not at all . useful things i had . nak kelihatan agak muslimah , kena kan dengan cardigan. limited edition , agak sopan juga . baju nya labuh smpai ke lutut . love to wear ..

perfumes - from secret garden . dari sumber buah buahan . boleh di bawa solat .. not a probss !


See ? totally , nonsense things i made .. family juga beli benda yang merepek . totally between 1k . terkaku bila aku dapat tahu jumlah harga tersebut . ngee! made it useful ..

*be someone gratitudes ..

Dec 24, 2010

Diet

Hah ! padan lah sendiri . try la konon nya . ambik dapat sakit sebab buat begitu .. sebelum ni makan tak agak , main bantai je .. sampai 1 tahap tak makan nasi langsung . how could that happen . amik protein lagi lah tak . hari hari bantai oat meal dengan nestumn .  fuhh . terseksa jiwa raga . dapat satu tahap , aku sakit . tapi terpaksa lah hidup jugak . farah azira sahaja yg tahu macam mana aku pegi kelas time tu ! sampai je kelas , aku berkejar ke toilet .

haih . promise pas ni makan kena cukup . hidrat tu penting . protein the second one .. nak turun badan , exercise banyak banyak . jog 1 taman teruss .. huhu ..

diet bagi aku hanya menyeksa kan . tapi , jika aku oversea , yang hanya adalah makanan seperti gandum dan mee . boleh lagi hidup ? fuhh . tak tahu lah . sebab malaysia ni , makanan macam macam , semua bantai (halal) . spicy food senang dapat . jadi kalau makan 5 kali sehari , kurang kan lah 3 kali jee .. buah buahan dan sayur pun penting .. jadi jangan biasa kan diri dengan slogan : life for food . gunakan : food for life !

*coretan dari pengalaman yang di alami =)

Penyelamat

Wahh . jadi penyelamat dunia ! besst sangat . haha =D suka suka .  hehe . akhirnya , dapat settle kn jugak hal hal member .. kalau asyik diam jee , masakan sampai tua pun tak settle gak . haha . honesty is a best a best policy . lain kali kalau couple atau buat something , kena lah bagitahu orang lain juga yeah ! jangan lupa bagitahu ! hee .. jadikan ikhtibar kali ni . 1st time dalam sejarah and historical , gaduh gempak sebab salah faham . apa pun tak boleh lah jadi ..

Cheer up balik oke ! I had save the day ! =)
Hee ..
For the first time . knowing the truth .

nana ; jangan emosi lagi oke ? fara sayang kat kau .. well . kawan dan teman dari kecik . huhu . tak kan lah pasal salah faham ni korang gaduh gaduh right ..

fara ; jangan percaya cakap orang lain oke ? trust someone you had to trust . huhu . jangan lupa gitahu nana jugak bila ada apa apa something yang boleh di share ..

shera & sara ; no comment for both . just be more religious and knowledge . in fact , use your info and honesty to decide . jangan melulu je tawu ! huhu ..

dan aku pula ?? = memastikan korang tak gaduh pasal benda 'ridiculous' ni lagi !! fuhh . dalam emosi yang tak bape stabil juga kerana baru sahaja gaduh dengan buddies sendiri ..

Dec 23, 2010

Persefahaman

Tak nak explain banyak bab bab ni . Sebab ni 'saya' tak terlibat langsung . hanya menjadi 'reporter' .


 hanya mengambil iktibar apa yang jadi . almaklum , apa entah jadi kat member lain time time gini . lost contact but in contact . don't get it ?? tak mengapa ! haha .  perselisihan antara kawan dan sahabat serta musuh . ha ! musuh lah orang yg first nak kena jadi suspek . disebabkan beliau , porak peranda hidup orang lain . tapi , perlukan soal siasat dan balik tabir apa yang terjadi . kesian kat sahabat tu . dia yang kena tangung . sahabat sendiri tak mahu apa yang terjadi menjadi musuh beliau .. before this , memang excellent friendship ! =)

jadi , musuh ni pun dalam kelambu jugak ! ngade nak pecah masuk rumah orang , rumah sendiri habis kena rompak . hee . konklusi dalam settle kan hal ni , perlu ketepi kan ego . senang je .. just use , ego ? be'go (indonesian translation) .. and bingo ! haha . kalau api berlawan api , habis rumah tu terbakar dan lenyap ..  perlukan 'carbon dioxide' untuk memadam 'combustion' tuu .. nak bertindak ketika api mara , bomba sendiri mengambil risiko yang tinggi dan memadam kan api tersebut . berbalik pada tadi , biarkan mereka berdua reda kemarahan mereka .. setelah tu , boleh mulakan tindakan . mencari jalan penyelesaian . setelah ber'comunicate' untuk mencari kesalahan pihak musuh tu tadi .

for sure it will be released . trust yourself and it could be manage .

Truth

Haha . thanks sebab dapat tahu the truth nya . wah ! begitu rupanya .. hm . salah sangka pula jadinya bila dia buat begitu . huhu . thanks for youtube sebab explain kenapa buat begitu . wooh ! suka suka sangat . huhu .


=D jika anda meminati seseorang atau menyukai seseorang , bercakap lah dengan dia , dan berkata lah 'sudikah untuk menjadi teman hidup saya ?' kemudian , menuggu detik untuk meminang gadis itu , dan setelah itu boleh dia mengenali antara 1 lain , tetapi ia bukan lesen untuk melakukan apa sahaja , huhu . setelah si gadis tu setuju dengan permintaan anda , itu sudaa cantik !! haha . confirm boleh jadi bini . huhu ,

olahan dari youtube .

Dec 17, 2010

Sepi & Gurauan

Wookaka . sepi . kenapa ? huhu . hidup kena berdikari . pula tu , tak ada kawan gaduh . hm . parents suruh gaduh dengan dinding ? cakap dengan Mr.teddy ? huhu . kurang siuman tu ! harap kan hp je lah yang memekak dengan menerima 'message' atau 'call' . bosan juga kan jadi anak tunggal ni ? hoho . kalau jadi anak tunggal , pas tu parents 'on the spot' . memang lah best . line clear . tak ada siapa jadi penghalang . haha . nak apa apa , it's ok . wait for a minute . and it's be there . hm . duduk termenung . sendirian . melukis entah apa apa .. jadi rutin terbaru . nak baca buku , kepala sakit . pening je manjang . jadi , buat lah apa apa yang tak membebankan .

Gurauan . ni berlaku pada waktu malam . ketika sedang khusyuk ber 'message' dengan someone . nak jadi story , ada yang nak bergurau malam malam . haha . sedang berbaring , tetiba je ada yang men'cuit' bahu . bila pusing , ingatkan ada 'handsome charming' datang . rupanya , tiada sesiapa . istighfar banyak banyak . then , pejam je mata .. hm . 'dia' masih nak bergurau lagi . geletik kaki pula ! diam je lah . nak balas balik , takut muncul . haha . tak layan punya pasal , 'dia' sekali lagi bergurau .. kali ni dengan men'cuit telinga pula ! yess ! terima kasih kepada anda ! anda dah tak kacau lagi .. haha . jangan bergurau malam malam . orang nak tidur . cari masa sesuai . hee . pesanan khas buat si 'dia' .

Dec 12, 2010

Unexpected

Wahh . teruja . macam macam feel ada lepas dapat result half exam . ngee . dapat menandingi member lain . hoho . teruskan usaha .. final exam gonna be next week . it doesn't matter if u could be study smart . huhu . walaupun agak terkilan dengan benda yang agak merepek , tapi dapat lepas kan semua usaha yang tak pernah luput selama ni .. huhu . doakan saja berjaya dan lulus dengan cemerlang next week . tak nak lah ulang lagi . wookaka . even parents pun sama sama exam .. waahh .  whole family life with final exam this year .. hoho .


GOOD LUCK FOR THOSE EXAM !! 



Dec 6, 2010

Menyesal

Tajuk macam sedih ? huhu . TAJUK sahaja .. tetapi orang yang sedang type ni , dah lega sikit . hehe . lega sebab dapat khabar berita si dia . adeiih . menyesal juga bila kita mengejar orang yang belum pasti . (mungkin tak wujud?huhu) . yeah . for the first , memang tak dapat gambarkan perasaan sebenar . tapi , bila si dia hilang walau sekejap , dah jiwa kacau . mcm mana tu ? huhu . yeah . that's mean memang dah ikhlas lah tu . haha . tak boleh dipaksa .. kena ikut gerak hati . hm . kadang kala melihat orang lain 'busy happiness' rasa jealous pun ada . tapi , cover . haha . buat tak tahu dah lah . anggapan , sakit hati dan risiko amat tinggi untuk sayangi seseorang . hm . how could happen ? pyqa pun tarak tau lah . haha .

GERAK HATI -seseorang insan itu bisa jatuh hati dengan mudah jika dia mengikut gerak hati .

GERAK OTAK - seseorang yang memikirkan benda yang akan berlaku pada diri dia . manalah tau , sakit  hati di pertengahan tali , terputus jua akhirnya ..

GERAK MINDA - seseorang yang tidak pernah memikirkan hal hal yang mudah .


Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah buat semua umat islam tak kira di mana anda berada . semoga kita dijadikan seorang insan yang tabah , sabar dan tawakal kepada Nya kelak . tutup cerita lama , buka sinar baharu di dalam maal hijrah yang mendatang . menjadikan kita seorang insan yang tidak akan melupakan Nya ..

Salam Maal Hijrah !

Vierra - Seandainya

http://www.youtube.com/watch?v=dKHKLtkKkAA



- Lagu ni kawan pyqa yang kenal kan , huhu . time tu tengah malam . dan tengah dilanda gelora jiwa . means jiwa kacau lar kan . haha . dapat lega sikit bila dia suroh bersabar banyak banyak . huhu . dan terus terang apa yang berlaku . huhu . pas ni kena terus terang pada apa yang selama ni kita pendam pada seseorang tu..

Cicak & ular

Hoho. apa cerita pyqa nak tulis kali ni ? jeng . jeng . jeng . haha. actually , binatang ni lah yang pyqa tak suka sangat. kenapa ? ini kerana mereka telah membuat masalah dengan pyqa. haha. jangan salah anggap dlu. huhu. disebabkan mereka telah muncul secara tidak diundang , dan menyeludup ketika masuk ke rumah nenek pyqa. tanpa izin pula tu. haha.

cicak? yeah . berkulit berwarna coklat coklat . senang melekat . dan ada unsur unsur lain yang tidak di ketahui . huhu . ini kerana , cik cicak telah melekat di kaki pyqa . grr~ . terrible sangat time ue . masa tu pula , time nak mandi . haihh . simbah guna air sejuk lah . huhu .. kenangan yang tidak dilupai adalah ketika bermandi dengan cik cicak .

ular pula? hoho . peristiwa yang amat serius yang pernah berlaku lah . adeiih . time tu ular ue menyelinap masuk ke dalam rumah . sampai satu tahap , uncle pyqa terbangun . so , dia keluar . tengok tengok ular dah naik tangga berdekatan dengan pyqa tidur . alhamdulillah . selamat . tak ada apa apa berlaku . dan ular tu pun dah 'selamat' di kebumikan . huhu .. (tu lah . pyqa dah suruh keluarkan ? degil lagi .. huhu )

-peristiwa yang ku alami sendiri woo.. agak panik bila kena berhadapan dengan benda benda yang kurang biasa kita buat kn . hoho . ni bermaksud ; sediakan sebatang kayu , sebelum berlaku .. hehe

Binatang

View ImageBinatang? inilah yang pyqa selalu buat main ketika dalam bosan . haha . agak pelik kan hobi pyqa? hehe . biasa nya pyqa suka insects species . yelah . maklum sahaja lah , species tu yang kecil . kalau bermain dengan anak gajah , habis lah paya kat belakang rumah nenek nanti . hehe .. =) . adik adik juga sebagai pendorong . hehe . sama sama suka . jadi , ada juga peneman yang nak bermain juga . well . adik pyqa ni pelik sikit lah . bermain dengan labah labah . hehe . pyqa suka bermain dengan belalang , tak pun kumbang pun jadi lah . huhu . bila handphone tak berbunyi , rasa sepi , asyik tonton tv . ada baik nya pergi cari kumbang seekor , atau belalang . huhu . bukan menyeksa . tapi , sekadar menangkap untuk seketika . lepas tu , letak lah tempat asal . hehe .. tapi  "katak" yang paling banyak kat rumah nenek . adeiih . bukan cerita putera katak tau . huhu . kadang kadang pyqa ada gak terfikir nak bedah si cik katak . almaklum , cita cita nak bedah benda "forensik" . (bukan fossil tau) hehe .. agak bahaya juga lah kalau nak pergi paya tu , banyak busut kan . huhu . jadi , dah nampak ada insects kat situ baru pergi . kalau tak , maaf lah yea .. huhu . species yang pyqa suka ? macam macam . secara mendalam belum lagi diselidik . huhu . parents pyqa pun ada tanya , kenapa suka belalang . hehe . belalang ni jenis insects yang cool je .. lagipula , dia sama warna je dengan hijau daun kan ? haha . pyqa suka bila dia "stay cool" je kat mana pyqa letak dia . adik adik pun ada cemburu sebab pyqa selalu dapat belalang dengan mudah . hehe .. nak minta tukar ? maaf . ni hak milik sementara pyqa yea .. tapi , kisah yang tak pernah pyqa lupa .. bila ada seekor belalang pyqa mati bila kena lenyek dengan adik . adeiih . sedih sangat . sebab tak dapat lepas kan dia . hm . nak buat macam mana yea cik belalang ? lain kali pyqa akan berhati hati yea . View Image ni bukan belalang pyqa actually , pyqa punya "unic" sikit . sikit je lah . hehe

School Break

Ramai kanak kanak dan remaja sedang "enjoy" sakan . yelah . banyak aktiviti boleh buat tanpa halangan . huhu . tapi tidak buat aku . TIDAK . mengapa ? haha . banyak benda yang aku TAK BOLEH buat . huhu . masa yang aku habiskan TERbuang gitu jee . huhu . tapi , akhir akhir bulan 12 ni . aku dilema . dengan siapa ? cik EXAM . haha . terima kasih yeah cik exam . kerana sudi hadir di hidupku . dapat lah aku selak buku buku yang sudah 3 minggu aku biarkan . hehe . tapi , before a month exam , aku dah MENG-hafal dan MEN-tela'ah isi kandungan buku buku tu . huhu . hm . baru je nak planning pergi KEM . aduyai . teringat kat cik exam pula . so , tahun ni , the year ends with exam without camping . grr~ . huhu .

SELAMAT CUTI SEKOLAH !
-jangan lupa buku juga yeah-

View Image

Nov 17, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua umat islam di serata dunia dan dimana mana sahaja , hayati "erti korban" dengan penuh ketulusan .. Pengalaman aku pada hari ni akan aku jadikan suatu kenangan dan pendoman . Erti dan maksud tersendiri membuat aku tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa maksud yang tersirat .

Suatu ketika nanti , pasti akan aku bongkarkan demi mengetahui apa yang aku lalui hari ni . Korban masa ? Korban tenaga ? Korban untuk perjuangakn sesuatu ? Hmm. Buat rakan rakan yang dahulu pernah mengenali diri ku .

SALAM AIDILADHA

Nov 8, 2010

Suka

Hahahaha .
The best way to .... "like" .
9/11/2010 .
Hari aku untuk " menyukai " masa yang ada .
Melepak dengan member adalah satu "ketenangan" .
Bermain dengan member's lappy satu "ketulusan" .
Bergurau senda bersama guru satu "kebahagian" .
Makan sorang sorang satu " kedegilan " .
Bermanja manja dengan kucing satu " kenakalan " .
Betapa indah nya hidupku hari ini !
Dilanda "kebahagian" bersama mereka mereka tambahan pula bersama detik detik yang indah ,
mengamatkan suasana yang aman dan tenteram ..
Thanks for those in judge , my dear .

Nov 6, 2010

Cabaran

Cabaran ?? Yeah , hidup mmg banyak cabaran.. Byk dahan yang nak dilintasi . Kalau silap langkah , anda mungkin perlukan seorang untuk kembali pada jalan yang asal , REVERSE . Huhu .. Hidup tak kira usia , ilmu , kehidupan harian atau kewangan , sejak kita lahir je dari perut mak-mak kita , disitulah bermula cabaran untuk kita bermula .. Mungkin korang tak sedar yang sebenarnya korang dalam cabaran , sebab korang tak tahu apa-apa !! Tapi , hidup-hidup je , korang akan melalui cabaran spt ; menangis untuk disusu dan ketidak selesaan tempat korang berada .. Aku dah buat segala analisa dan selidik berapa banyak kita habiskan wang dan harta ibubapa kita .. Lebih dari RM10 000 !! Ini kerana , korang punya 'outfit' , keperluan dan sebagai nya spt; handphone dan PC .. -termasuk wang bulanan dan wang poket korang-

Hm.. berbalik pada 'story' .. Aku dah puas dengan cabaran yang aku tempuh . Spt yang berlaku sekarang , esok aku akan bertanding untuk 1 competition , so , 3 weeks before the competition aku dah kena struggle lebih untuk buat yang terbaik .. Bila nak strunggle , pasti ada orang 'luar' akan melatih kita orang .. Haa , starting dia masuk lah aku kena tempuh macam-macam cabaran dan rintangan . Puas aku menahan , akhirnya aku 'berjaya' !! Yeah .. Puas aku kena 'teguran yang agak howt' . Tapi , kalau member yang dah kenal aku , ''takpe , tu cabaran..'' , kata-kata aku dengan semangat . Mungkin adalah sikit-sikit yang tersirat , tapi tak perlu layankan sangat .  Dari 3 weeks before smpai kan ke hari ni ( a day before the competition) , aku still kena teguran tu , bak kata orang '' tu dah tahap gaban nak kena maki'' . Hahaha , just enjoy sudah . Kang menyeksa diri , terus nak tarik diri lah , nak jadi 'simpanan' lah .. Haihh !!

Banyak aku belajar dari hari ni , (dari hari aku bersekolah) ,hmm.. dugaan aku pun macam-macam yang besst datang . Tapi , be cool lah . Ambil wudhu' dan bersolat sunat , cara aku nak tenangkan diri .. Well.. Doakan aku dan team berjaya pada hari 'competition' .. Semoga jd yang terbaik di depan mata orang 'luar' itu .. Hahaha , aku tak banyak berharap sangat , sebab takut berharap sangat , hancusss lah team gua mcm ni ..

P/S ; lek je bila maki ?? haha , dalam hati ada jiwa , so , tanyalah pd yang esa !!

Nov 5, 2010

Rindu ku setia .



Kau pergi tinggal kn aku ..
Betapa merana dan derita aku mengharungi detik-detik ini ..
Kau juga yg membakar semangat aku , kau juga yg telah memadam semangat aku ..

Kau jangan pernah melupai diri ni ..
Detik dan ketika ini ..
Aku buntu kerana kau sahaja yg memahami ku ..
Kau juga mengerti perasaan yg mungkin tidak diketahui oleh aku sendiri ..

Kau juga cukup indah di mata dan hati ku ..
Tak pernah terlintas di hati ku untuk melukai hati mu ..
Walau ku tahu , yg aku bukan jenis wanita idaman mu ..
Malang nya , aku sering kali ber paling arah pd dirimu dari diriku ..

Namun , detik itu tidak akan pernah mengulangi lagi ..
Kerna , satu untuk sekali dan tiada yang bisa memahami ..
Ku luka ,
Kerana kamu ..
Ku berpaling ,
Untuk dirimu ..
Ku derita ,
Hanya padamu ..

Ku masih ingat detik itu walau sudah menjadi sejarah dan hikayat kita berdua ..


P/S : Mengingati waktu yang aku sering tunggu dan mucul .. (Pd realiti , sekadar tk mahu blog aku berhabuk )