Fa'ai Fieko Teedoe Fiella suka suki kehidupan sendiri =)

Apr 9, 2011

Setia

"Setia"

Aku duduk sendirian di kamarku 
Sendirian memikirkan kamu
Ku tak maksud begitu , aku sayang dan perlu
Tak bisa ku , meninggalkan kamu

 # #

Namun kau takkan mengerti aku...
Lakukan terbaik buatmu..
Kau salahkan aku ,
Kerna putuskan kamu..
Dan sakiti hatimu....

Aku ingin kau tahu bertapa ku setia 
Menunggumu di sini 
Namun pastinya nanti kau akan sedari ..
Aku setia menanti ..
Aku setia menanti ..
Aku setia menanti .........

(Lagu asal "putus" -melda ahmad)
P/S: Lagu ni ditujukan kepada Cik Nana Nanot atas permintaan anda , saya telah berhasil menyiapkan dalam beberapa jam sahaja ! Haha ;) thanks bagi sokongan untuk saya teruskan mengubah lagu lagu yang menarik . 

THANKS NANA ! =)


Apr 8, 2011

Artis mane ni ??

Baru sahaja ber "online" di Facebook "Wahh ! Tahniah kepada SMKL sebab dah pecah rekod lagi lagi pada 2011 yang sudah kekurangan atlet yang tidak kurang hebat juga !" Fuhh! Tahniah tahniah.. buat semua atlet SMKL dan juga kepada Falla ! (my beloved twinss) Tampaknya , satu berita yang cukup gembira buat semua umat SMKL ..

Namun , disebalik kegembiraan itu , terselit dan tersepit juga kegeraman pelajar Form2 yang buat PermataPintar di sekolah tadi . Line agak putus putus dan kurang "detect" . Jadi , kalau terputus , terpaksa ulang lagi soalan yang telah diberi . Kurang sejam ?? Tidak sama sekali . Aku buat pun lebih 3jam , siap pergi makan kat kantin , tolong cikgu , date dibelakang kelas .. Hoho . Tapi , masuk jugak ke kelas bila dah nak balik jee =)

Di suatu petang yang kesuraman dan bersendirian , agak bosan juga aku waktu itu , jadi buka lah channel 852 hitz dot fm nak hilangkan keseraman bersendirian tu selain ber "online" . Semua lagu tiptop ! mantop ! cuma tetiba ade suara yang tidak di undang kedengaran . Bunyinya " Easy come , Easy go " tapi artis tu boleh nyanyi " Ezzzy commee , Ezzzy goo ". Kalau pengkritik dengar ni , sure kena seranah . Sebab suara memang da tahap kritikal ..

Tetiba , adek aku ber" comment" . "Kak , artis mane yang nyanyi tu , suara tadah kaki semacam jee" . Aku membalas "Adeihh . Sampai aty kau kata suara aku tadah kaki ? Tu aku yang nyanyi laa doee~ " Terdiam adek aku . Lepas tu suruh aku makan ubat batuk 13 botol bagi betul kan suara tu . Hoho . Kejam punya adek !

P/S : Anda dilarang sama sekali bernyanyi ketika suara sedang serak serak berkahak , pasti ada yang attack anda balik ! Hoho .

Fieko Fiella

Apr 7, 2011

Tak suka

Fuhh ! Dah lama tak "merapu" dalam ni . Almaklum , demi menyimpan alunan suara dan sikap seorang guru sebelum tahap darjah Celcius tu mencecah ke tahap "hott" perlu lah berkorban banyak masa dan tenaga nak siapkan tugasan yang diberi . Tapi , disini .. Bukanlah nak kata tugasan tu senang atau mudah mahupun susah . Cuma aku tak suka 1 benda je . Aku seorang kuat cemburu . Benarkah ????

Soalan yang sentiasa berada di dalam kepala dan saraf otak aku .. Ada orang rimas , tak selesa dan macam macam alasan dan reaksi yang mereka bagi . Ecey , bagi ayat sadis plak aku ni . Err~ apa erk aku nak type tadi ? Kan dah lupa ! Eiii ~ Jangan lah call aku or message aku bila aku tengah layan otai ni ~ Spa``` kang . Ouh . Pasal jealous tu , hmm .. It's about kawan mesra aku . Entah lah dia tu , aku nak take care , serba salah . Nak control , aku yang salah . Sebab aku pun adek beradek makcek angkat tiri dengan sikap dia tu .

Adeiihh . Aku tak taw nak luahkan apa lagi .. Makin binggung kalau teruskan , makin merapu tulisan .. Just to say : Thanks Xaty, Falla , Nana , Miza dan orang orang yang dipercayai kerana sanggup menjadi pendengar yang baik dan cadangan , walaupun akan kena hit balik ! hehe .. Sayang a lot lah kat korang !

Fieko Fiella 

Apr 5, 2011

Bestt dan nangis kott

Sekarang tiada waktu lagi ke ? Tak ada masa ke untuk aku santai ? berlenggang ? berlengging ? oppss ! di tahap paras bahaya tu . Sebenarnya aku dah lama berniat nak tahu dan menuntut ilmu pertolongan kecemasan ni. Cuma takut nak ambil risiko. Risiko bagaimana ? Entah . Aku memang takut nak buat CPR pada mangsa yang sebenar . Bukan sebab lain , tetapi ... kalau aku tak dapat selamatkan , adakah aku yang akan bersalah ? Aku ke yang buat mangsa tu pergi selamanya ? Cehh . Dah masuk ayat sadis ni , tapi tu la hakikat yang sebenar .

Baru baru ni , aku baru saja ambil exam bertulis untuk kelulusan kursus asas pertolongan cemas kemasyarakatan . Apa yang menarik ? Huh ! Si mulut kepoh aku yang tiada break kalau train , confirm terbabas . Wee~ terlalu peramah dengan semua orang sampai ke akak form5 pun ikut meronggeng aku . Tapi , yang paling besst , bila panik sebab budak hilang bila buat operasi burung hantu . Sorang kena tinggal 2 jam , tetapi .. 15 minit pun smpai ada yang menangis .. Aku join ke tak ? Well . Fieko Fiella semestinya tidak join ! Sebab rasa besst pulak jd facy kena kan orang . Hehehe ..

Tapi , sekejam aku mengenakan orang , aku sedih sebab nak tamatkan kursus tu . Walaupun hanya di sekolah di tempat aku selalu ulang alik beronda sekolah ! Hoho . Tapi tak ape . Next year aku join lagi .. Besst dan nak nangis pulak bila kenang balik . Cuma , next year , akak form 5 dah takde . Tu je yang bezakan tahun ni dan depan .


Fieko Fiella