Fa'ai Fieko Teedoe Fiella suka suki kehidupan sendiri =)

Apr 9, 2011

Setia

"Setia"

Aku duduk sendirian di kamarku 
Sendirian memikirkan kamu
Ku tak maksud begitu , aku sayang dan perlu
Tak bisa ku , meninggalkan kamu

 # #

Namun kau takkan mengerti aku...
Lakukan terbaik buatmu..
Kau salahkan aku ,
Kerna putuskan kamu..
Dan sakiti hatimu....

Aku ingin kau tahu bertapa ku setia 
Menunggumu di sini 
Namun pastinya nanti kau akan sedari ..
Aku setia menanti ..
Aku setia menanti ..
Aku setia menanti .........

(Lagu asal "putus" -melda ahmad)
P/S: Lagu ni ditujukan kepada Cik Nana Nanot atas permintaan anda , saya telah berhasil menyiapkan dalam beberapa jam sahaja ! Haha ;) thanks bagi sokongan untuk saya teruskan mengubah lagu lagu yang menarik . 

THANKS NANA ! =)


Apr 8, 2011

Artis mane ni ??

Baru sahaja ber "online" di Facebook "Wahh ! Tahniah kepada SMKL sebab dah pecah rekod lagi lagi pada 2011 yang sudah kekurangan atlet yang tidak kurang hebat juga !" Fuhh! Tahniah tahniah.. buat semua atlet SMKL dan juga kepada Falla ! (my beloved twinss) Tampaknya , satu berita yang cukup gembira buat semua umat SMKL ..

Namun , disebalik kegembiraan itu , terselit dan tersepit juga kegeraman pelajar Form2 yang buat PermataPintar di sekolah tadi . Line agak putus putus dan kurang "detect" . Jadi , kalau terputus , terpaksa ulang lagi soalan yang telah diberi . Kurang sejam ?? Tidak sama sekali . Aku buat pun lebih 3jam , siap pergi makan kat kantin , tolong cikgu , date dibelakang kelas .. Hoho . Tapi , masuk jugak ke kelas bila dah nak balik jee =)

Di suatu petang yang kesuraman dan bersendirian , agak bosan juga aku waktu itu , jadi buka lah channel 852 hitz dot fm nak hilangkan keseraman bersendirian tu selain ber "online" . Semua lagu tiptop ! mantop ! cuma tetiba ade suara yang tidak di undang kedengaran . Bunyinya " Easy come , Easy go " tapi artis tu boleh nyanyi " Ezzzy commee , Ezzzy goo ". Kalau pengkritik dengar ni , sure kena seranah . Sebab suara memang da tahap kritikal ..

Tetiba , adek aku ber" comment" . "Kak , artis mane yang nyanyi tu , suara tadah kaki semacam jee" . Aku membalas "Adeihh . Sampai aty kau kata suara aku tadah kaki ? Tu aku yang nyanyi laa doee~ " Terdiam adek aku . Lepas tu suruh aku makan ubat batuk 13 botol bagi betul kan suara tu . Hoho . Kejam punya adek !

P/S : Anda dilarang sama sekali bernyanyi ketika suara sedang serak serak berkahak , pasti ada yang attack anda balik ! Hoho .

Fieko Fiella

Apr 7, 2011

Tak suka

Fuhh ! Dah lama tak "merapu" dalam ni . Almaklum , demi menyimpan alunan suara dan sikap seorang guru sebelum tahap darjah Celcius tu mencecah ke tahap "hott" perlu lah berkorban banyak masa dan tenaga nak siapkan tugasan yang diberi . Tapi , disini .. Bukanlah nak kata tugasan tu senang atau mudah mahupun susah . Cuma aku tak suka 1 benda je . Aku seorang kuat cemburu . Benarkah ????

Soalan yang sentiasa berada di dalam kepala dan saraf otak aku .. Ada orang rimas , tak selesa dan macam macam alasan dan reaksi yang mereka bagi . Ecey , bagi ayat sadis plak aku ni . Err~ apa erk aku nak type tadi ? Kan dah lupa ! Eiii ~ Jangan lah call aku or message aku bila aku tengah layan otai ni ~ Spa``` kang . Ouh . Pasal jealous tu , hmm .. It's about kawan mesra aku . Entah lah dia tu , aku nak take care , serba salah . Nak control , aku yang salah . Sebab aku pun adek beradek makcek angkat tiri dengan sikap dia tu .

Adeiihh . Aku tak taw nak luahkan apa lagi .. Makin binggung kalau teruskan , makin merapu tulisan .. Just to say : Thanks Xaty, Falla , Nana , Miza dan orang orang yang dipercayai kerana sanggup menjadi pendengar yang baik dan cadangan , walaupun akan kena hit balik ! hehe .. Sayang a lot lah kat korang !

Fieko Fiella 

Apr 5, 2011

Bestt dan nangis kott

Sekarang tiada waktu lagi ke ? Tak ada masa ke untuk aku santai ? berlenggang ? berlengging ? oppss ! di tahap paras bahaya tu . Sebenarnya aku dah lama berniat nak tahu dan menuntut ilmu pertolongan kecemasan ni. Cuma takut nak ambil risiko. Risiko bagaimana ? Entah . Aku memang takut nak buat CPR pada mangsa yang sebenar . Bukan sebab lain , tetapi ... kalau aku tak dapat selamatkan , adakah aku yang akan bersalah ? Aku ke yang buat mangsa tu pergi selamanya ? Cehh . Dah masuk ayat sadis ni , tapi tu la hakikat yang sebenar .

Baru baru ni , aku baru saja ambil exam bertulis untuk kelulusan kursus asas pertolongan cemas kemasyarakatan . Apa yang menarik ? Huh ! Si mulut kepoh aku yang tiada break kalau train , confirm terbabas . Wee~ terlalu peramah dengan semua orang sampai ke akak form5 pun ikut meronggeng aku . Tapi , yang paling besst , bila panik sebab budak hilang bila buat operasi burung hantu . Sorang kena tinggal 2 jam , tetapi .. 15 minit pun smpai ada yang menangis .. Aku join ke tak ? Well . Fieko Fiella semestinya tidak join ! Sebab rasa besst pulak jd facy kena kan orang . Hehehe ..

Tapi , sekejam aku mengenakan orang , aku sedih sebab nak tamatkan kursus tu . Walaupun hanya di sekolah di tempat aku selalu ulang alik beronda sekolah ! Hoho . Tapi tak ape . Next year aku join lagi .. Besst dan nak nangis pulak bila kenang balik . Cuma , next year , akak form 5 dah takde . Tu je yang bezakan tahun ni dan depan .


Fieko Fiella

Mar 22, 2011

Sempurna

Kadang kala semua benda tak sempurna kan ? Yelah . Kalau semua sempurna , bumi ni akan di kuasai dengan chimpanzee lah kan ! Sebab chimpanzee dengan manusia beberapa peratus je tahap otak dia dengan manusia . Hoho . Tahap permulaan , kita sanggup bersabar setiap detik demi menunggu .. dan ada yang mula celoteh " awak ! awak ! saya tunggu awak ni .. !" cehh ! sabar lagi ke kalau sekali dia sakitkan jiwa orang lain ? Sebab dia , semua orang macam lipas . Opp ! Lipas kudung jee .

_________________________________________________________________________

Tapi , pada detik dan minute ni , dia buat semua manusia di kawasan kota sakit hati dengan nya sebanyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak (10000000x) Err~ kira lah sendiri berapa banyak kali . Ayat je menjiwang . Tapi , tak manis sangat untuk terpikat . Sebab sekarang harga gula meningkat . Disuruh pula menggunakan satu sudu je ..

Nak je sepak , terajang , makan lemping sambil melempang , minum minute pulpy selepas mengoncang !! (nada marah dengan penuh perasaan )  Ehh . Ehh . Kejap . Huh ! Sempurna balik pun kau ni ! Dari line 3G takde , tetiba je dapat (cehh . hp baling kucing pun boleh masuk 3G ke ?) hoho . takpe takpe . Janji dan confirm line maxis tuh penuh . 5 bars always ~ huh ~ ni baru nama sayang aku . takde prob kalau nak bergayut or messaging dengan sesape lagi .

Fieko Fiella

Mar 12, 2011

Alkisah aku dan dia

Begini lah cerita si dia dan aku yang sentiasa akrab walaupun di tempat tempat yang tidak sepatutnya dia berada . Bermula nya detik persahabatan , si dia telah dipertemukan dengan ku apabila seorang sahabat karib ku menyatakan hasratnya yang ingin menemukan aku . Pada awal nya , aku tak menyangka bahawa beliau akan menerima ku seadanya , namun , zaman dan masa telah merapatkan kami .. Setiap hari , jadi peneman hidup dikala sunyi , setiap malam berada disamping ku ~
 ____________________________________________________________________________

Didalam suka suka kehidupan aku , suatu hari , si dia telah membuatku rasa tawar hati dengan sikapnya . Masakan tidak , buatku selalu angin apabila time urgent , or dunia tengah kelam kabut , dia buat hal .. Aku sedar bahawa dia tak sesempurna yang lain . Aku masih menerimanya seadanya ~ Tetapi tidak bermakna aku menerima selamanya . Aku telah membuat keputusan untuk tinggal kan dia . Walhal , akan membuat hati nya luluh serta dirobek oleh ku .. Kini , aku telah jauh meninggalkan kehidupan lama dan mulakan yang baru . Dia aku telah simpan didalam laci . Bila ku buka kembali , terkenang disaat dia bersamaku bersama ..


Teettt.. Teettt... Teettt.. Tettt .. (dalam keadaan terkejut)

"Eh . Panjang betul usia kau ni kan cik handphone ? Aku fikir kamu telah tidak bernyawa lagi ."( lalu , aku campak balik dalam laci agar dia senyap kembali seperti dulu . haha ! agar tamat riwayat kau dan tidak menjanda lah handphone baru aku tu)

P/S : Begitu lah kisah aku dan si diaa .. wee~ macam cerita pasangan couple kan . tapi , tidak sama sekali .

Fieko Fiella

Mar 8, 2011

Sukantara

Walawey . Suka pulak setiap minggu akan diakan satu hari per 1-4 / 9 masa PNP diadakan sukantara . But hari ni , tamatlah acara sukantara yang dijalankan seperti selalu . Kini , tiba turn exam pulak nak mengegarkan sekolah ! Exam ? Sorry . Aku tak nak story dlue pasal exam . Aku nak story pasal kisah malang dan happy aku bersama ketika menjalankan sukantara ni . Almaklum , tahun lepas aku langsung tak aktif . By the way , memang kemalasan aku tahun lepas buat aku menkobar- kobar nak buat semua acara tahun ni ..


23/2 : Acara pecut 100 meter . Huh ! Malang sikit kot . Sebab trek larian tak bape stabil .. Aku tak berjaya menyumbang apa apa mata buat hari ni . Sebab lagi 2 langkah telah buat aku gagal untuk acara kali ni . huhu . Tak apa . Next time aku langkah besar yang aku mampu . huhu . Hanya 1 acara dijalankan ..


3/3 : Lontar peluru & langkah besar 400 meter . Err~ akak senior sudah boleh menyebut nama seseorang yang aku rapat . Adeihh . Lontar kasut boleh lepas 3 mata lah kot . huhu . Apa pun tak boleh bab melontar ni .. Langkah besar 400 meter ? Ni aku suka dengar dan kaki pun mengatal je nak lari . huhu . Tak disangka , di suku tempat aku berlepas , BERLECAK ! Nasib menyebelahi aku . Dapat kawal kelajuan dan kepantasan aku berlari . Aku tak sangka , hampir keseluruhan padang tu , aku tak rasa penat pun ! (Nada orang bangga sekejap jee ) Tapi apa boleh buat . Dah nak pecut untuk 100 meter lagi , wisel dah sayang sayang nak bernyanyi . Cikgu Murad pun suruh habiskan trek saja . Tak dapat aku menyumbang apa apa point untuk hari ni . Atleast aku dapat skor kan nombor 2/ 8 orang . wee~

8/3 : Lompat tinggi & lompat jauh . Apa seiyh ! Hari ni jee dah 3 kali aku tergelincir dek sebab rumput yang nak bermanja manja dengan embun . Percubaan pertama 1 mata , tak lepas sebab aku jauh sangat melompat dan mendarat . Percubaan kedua 1 mata , dapat berlepas dan mendarat dengan selamat . Percubaan 2 mata (kali ni aku sekali jee lompat) dapat selamat lagi . Percubaan pertama 3 mata , TAHNIAH ! Aku tergelincir serta merta didepan palang bertiang dua tu ! Rupanya , palang tu menghentak badan ku serta kuku kaki ku patah ! Percubaan kedua 3 mata , mencuba selagi terdaya . Aku terdiam dan terkedu sekejap sebab tak dapat melepasi hajat aku tu . huhu . Lompat jauh ? Aku mintak ice dari unit PBSM nak kurangkan kemelecetan kuku . Dalam keadaan yang kaki capik , tibai jela . Nasib lepas 1 mata . dapat menyumbang lagi tuk rumah sukan aku !

Dan segalanya TAMAT ~! Menanti tahun 2012 tuk aku buat lagi acara sebegini lagi . Hehehe .. =)

P/s : Kuku boleh tumbuh lagi , jangan risau . Hoho ~

Feb 28, 2011

Bas

Seperti biasa aku akan menapak dari depan rumah aku sehingga depan rumah nanot untuk menaiki bas . Jam sudah menunjukkan pukul 6.40 , huh ! Terlalu lewat untuk aku ! Berlari bagai dikejar kongkang gila . Nasib di sisi aku . Tak ada lah terang sangat pun kan . Matahari masih mengeliat nak bangun . Jadi tiada sesiapa yang lihat aku yang agak skema pagi tadi . Tidak serabut or muka ku bak kuih serabai yeah . Okee ~ lambat adalah tidak elok sama sekali untuk menjadi pengawas yang dedicated . huhu . *untuk hari ni aku nak perasan sikit kot* Bukankah perasan itu lebih baik , dari selalu merendahkan diri yang selalu di kategori kan rendah itu tanpa berusaha untuk muhasabah diri sendiri ? *huhu . tu kalau aku lah . Sebab aku selalu kena buli . Huhu . orang lain , cap jari nampak je sama , tapi semua orang lain cap jari~!*

 Gelabah maknyah aku dengan nanot nak sampai sekolah . Atleast kami tak perlu lah kena denda berdiri di sisi dewan perhimpunan itu ! Hoho . Jika hari esok , buat hal lagi , nothing to say ! Kalau cakap skuk , confirm orang yang tengah baca skuk memikirkan bahawa BM aku fail . Cakap pasal exam , next week sudah exam ! Hoho . Just paper 1 . Dan bila Math , siap sedia my girlly , Casio  =)

Feb 27, 2011

Dilema

Susah kan bila dilema ? Semua benda dalam kehidupan ni mesti ada banyak dilema ! Kenapa tidak ? Ini kerana banyak benda yang difikirkan dan harus membuat pilihan yang tepat . Silap sikit , pandai pandai lah cari penyelesaian . Terlalu banyak benda yang sedang aku dilema sekarang . Tentang pencapaian akademik mahupun kokurikulum masih merisaukan aku . (pergghh~! awat ayat aku hari ni lain mcam je? Yea yea )


Huhu . Aku dilema dengan d.a.p . apa d.a.p tu ? Huh ! Cikgu sivik aku ajar , "Di Alam Percintaan" weet weet~ tapi aku rasa malas pulak nak huraikan d.a.p tu ~ aku sendiri pun sudah sakit haty . Lagi lah mahu hurai kan right ? ^^ anyway , aku suka sangat sebab ada orang yang mengubat jiwa aku yang dah robek dek kerja harimau yang mencakar .. wee~

P/s : ptftt ? it's already a month with him ! suka suka . hehe


Fieko Fiella ..

Feb 26, 2011

10 more years ?

Apa akan terjadi lagi 10 tahun akan datang ? Mungkin masa itu aku masih menuntut ilmu lagi kot . Yeah :D itu tanggungjawab yang wajib dilunaskan demi kedua ibu bapa ku yang tercinta ni . Nak balas balik apa yang mereka dah berkorban untuk aku . Wee~ but bila tadi pagi aunty and uncle aku menyebut nyebut , "huh ! dah boleh kahwin pun time tu !~)"  err~ ? aku tak harapkan apa apa kot . Huhu .. 10 tahun akan datang ? Mungkin ketika itu aku seorang guru ? Mungkin juga seorang jururawat ? Atau mungkin aku bakal menjadi seorang penulis ketika itu ? Biarkan takdir yang menentukan tempat aku berada . Tak kisah lah di tahap mana sekali pun .

Tapi aku masih lagi seorang pelajar sekolah kan ? Masih boleh targetkan pencapaian yang hendak dikecapi tu ~ hehehe .. Disamping aku menulis , berangan entah apa apa , berdiri di depan cermin , aku masih memikirkan cara kehidupan aku yang akan datang . Yea yea =) Think positive ! Tu yang aku sedang lakukan . Huhu .

Dan disaat ni aku melihat jam dinding ...... " Huh~! Bila nak buat ulangkaji for next week ? Sudah exam !" Dan semua mimpi mimpi tu aku campak kan jee didalam perut buku diari ku itu , agar dapat selalu ku tatap disaat ku memerlukan semangat untuk bangkit semula dari kekalahan dalam sepi ..


Fieko Fiella ..

Feb 25, 2011

Stability

Hari yang stabil kot buat aku . Marah . Kecewa . Sedih . Gaduh . Gila gila . Bengang . Suka suka . Macam macam jadi hari ni jugak ! Pagy pagy lagi , aku sudah dikejutkan dengan bingitan di dalam rumah aku ni . (nama nya pun bukan rumah ni , bagai muzium yang sedang berparti adalah lebih tepat) tengok jam jee dah pukul 6.20 ! Walawey . gelabah maknyah aku nak solat .. Then , baru teringat nak buat logo design for pasukan J'robik aku tu .. Huh ! Hentam krono jelaa apa apa yang aku rasa tak berapa menawan tu . Hehe .. Masa rehearsel plak , aku boleh TER bengang sebab salah step pusing gan potong ! Amik aku dapat ! Huhu

_______________________________________________________________________________________

Lepas je habis rehearsel , aku pergi tunggu falafal habis zapin . Sibuk borak borak gan eizzah , adek adella . Entah aku boleh tergerak hati nak pergi makan cendol kat gerai makcik tu . (huhu . almaklum lah kan dah sebulan tak pergi sana gan falafal !wee~) Okee . Ameer sudah boleh datang sekola time tu . Aku nak je ajak Sue pergy melantak jugak ~ dia kata ade tuition petang ni pulak ~! Adeiih . Last last pergi jugak melantak dengan mak dia ! Huhu .. Entah ape ape jela post aku kali ni .. Tapi yang penting , semua dah jadi ~ bak kata pepatah , terlajak perahu boleh undur , terlajak kata , badan binasa , tersalah pengetahuan , boleh diperbetulkan , tersilap perbuatan , ambil lah pengajaran ~ wee . (belum lagy keluar edisi kamus terbaru dari BESTA )

Fairy Tale

Wee~ bersama fafall falafal !


Haha ~ for the first time aku Vs. dengan twins yang selalu meng-gila , hamizah . And for the first game aku ngan dia and finally , aku dapat win this game . Aku tak bangga mane pun . Lagipun , this year aku tak jadi pegy tournament tu . Aku jadi pelapis for next year pun cukup lah ..


auw auw ~ fafall falafal & fieko fiella ! =)
After all , terdetik pulak nana nanot nak capture pic kat tempat aku buat homework bersama fafall falafal ! hehe =)

makan lolipop ! hehe =)

Tu je la yang kita orang buat . Malas sungguh na buat homework time tu , Yuk balik rumah !! =P

Feb 23, 2011

Chill

Pernah buat orang yang mencintai kecewa ? Sakiti hati nya ? Lukakan hati nya ? Memanah jiwa raga nya ? (oke oke . terlalu banyak perkataan Nya . huhu) Sometimes , aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat hari semalam demi hari ni dan masuk ke arus deras kehidupan untuk hari esok . Kalau seseorang tu dah gaban sayang , cinta kat seseorang , banyak benda SENGAL lagi PELIK dorang buat . Cuma tak perasaan kot ~

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah dapat memberi alasan kenapa dia mencintai kamu . Yang dia tahu di dalam hatinya hanya kamu saja !

2) Orang yang mencintai kamu , tidak akan peduli walhal dia sendiri sudah punya kekasih . Baginya , kamu bahagia dan menjadi impian dalam hidupnya .

3) Setiap hari , masa , waktu , jam dan saat , dia akan sentiasa memikirkan kamu ! Cara dia meluahkan hanya dengan melalui missed call sehingga 77 kali atau , send message ayat sentimental walaupun pada ketika itu , sudah jauh larut malam .

4) Ketika kamu saja saja send message kepadanya , kamu tidak tahu bahawa dia sentiasa menanti kan kamu walaupun dia sedang sibuk pada ketika itu .

5) Orang yang mencintai , akan mengingati setiap waktu ketika bersama walhal mungkin sudah berbulan dan bertahun dan kamu juga sudah lupa perkataan yang kamu berikan kepada dia .

6) Orang yang mencintai akan memberikan sesuatu yang bermakna buat kamu dan jika dia tidak mampu , sebelum jam 12 tengah malam dia menanti demi mengucapkan "Selamat hari lahir" pada kamu saja !

7) Jika kamu check senarai INBOX handphone dia , pasti ada nama kamu yang tersenarai dan mungkin juga message yang sudah berbulan dan berbulan .

8) Segala gerak geri kamu , sering mencuri tumpuan dia kerana setiap masa dia mengetahui apa yang kamu lalui .

9) Kamu tidak mengetahui dengan perkataan , kamu juga mungkin menguris hati dia walhal dia sendiri rela dilukai melalui sebilah pisau dari dilukai di hati ..

P/S : Mungkin juga dia akan berasa lebih bangga kerana dapat mendekati orang yang dicintai . Tetapi , barangkali dalam bahaya kerana dia sendiri tidak pasti bila dia akan dapat orang yang dicintai itu . Jadi sebelum apa apa , just be chill je laa =)

Feb 18, 2011

Sekolah ganti

10 February 2011 . Oke fine . I'm willing my sense to receive any perspective . Aku agak memang tak belajar punya ~ ! =) tapi malang , dua tiga masa je aku free . Tu pun masa sains and english aku tak bawa buku . So , just dengar jela . Aku kat belakang busy baca novel yang baru je aku dapat dari Muhamad Nurshafiq masa rehat tadi . Hoho ~

Pagi as usual ada jasmani dan rohani iaitu lari lari kat padang bagai kena kejar kongkang . Then , lepas "auw chakk ~" dengan lari lari , acara lompat tinggi pula . Dapat pula cikgu wan ajar nak flip off kasi cantik tu gaya dan lepas dari batang kayu sebatang tu . Awal awal lagi aku just menonton . But lepas tu aku yang take over budak budak yang macam pemalu nak terjun . huhu

Lepas memasuki alam kelas , cepat cepat aku tukar baju menang tu . Or not , nama aku kena ambil masuk lagy dalam E-displin . But time rehat aku enjoy sakan buka balik baju yang aku sarung tu . Hehehe
Masa rehat aku dengan bangga dalam kebengangan , main lah juga chess dengan Sal . Aku tak sangka yang dia boleh bagi aku "check" senang senang . Tapi aku faham , dia dah 2 tahun tak main chess jadi masih blurr blurr lagi . Time time aku nak "checkmate" datang pula Shafiq nak bagi aku novel "Interlok" tu nak juga aku tahu apa yang sensasi sangat pada era globalisasi ni .

Tepat je kembali ke alam kelas , semua subjek belajar pula ~! Huh ambil aku punya jantung letak kat kepala ganti otak , nasib cikgu tak tanya "buku awak tak demam kan kat rumah? Saya dah cek beberapa saat tadi" .huhu .. Masa 7 dan 8 aku busy kan diri yang agak leisure dengan baca novel tu sensorang di hujung pintu meja kelas .
Kelas ? Woww ~~ masing masing terpekik spt baru je dapat pengumuman siapa pemenang KTM . wee~


P/S: Any way , best juga sekolah time orang lain sedang cuti . Banyak benda best boleh buat =)

Entah

Ini kisah aku dan si dia
Dulu janji kata sehati sejiwa
Sekarang pula lain cerita
Cari penyelesaian atau biarkan saja ..

Aku suka bila dah ada yang empunya
Namun risau juga adakalanya
Hati tak menentu nak berkata
Jadi aku menangis sorang sorang jela

Engkau ketawa aku berduka
Kerna cerita ni bukan aku yang reka
Semua terjadi kerana ketiga
Engkau bikin panas buat muka selamba

Setiap masa ini yang ku nantikan
Bila aku tegur kau kata aku perasan
Tika aku diam kau kata aku tak ada perasaan
Aku bingung jadi aku layan

Bila dah terima panggilan
Aku rasa tersedu dan terkilan
Sanggup tunggu aku di kaki jalan
Tak nak buat aku serba salah kan ?

Makin lama aku tak ambil tahu
Semua cerita pasal kau dan aku
Orang tanya aku jadi kaku
Aku kaku sebab jemu


Balik rumah bagai nak pengsan
Sakit otak bila di fikirkan
Ketiga muncul bagai halimunan
Habis retak hati ku kau hancurkan

Tak apa aku sedar aku siapa
Tak tinggi tak rendah tapi masih manusia
Tak juga hamun macam gorilla
Sabar lagi baik dari masuk hospital gila

Begini lah kisah aku dan si dia
Mungkin berakhir tak kira masa
Jadi mari kita tunggu saja
Bila dah terjadi tinggal umumkan pada yang ketiga

Engkau bangga aku lagi suka
Kerna kau masih ada yang ketiga
Namun aku juga ada yang punya
Bukan dua atau tiga malah yang kelima

Dia hebat , gagah tapi kurang perkasa
Setakat jaga sorang tak kan tak terdaya
Tiap minggu borak sembang sejam lamanya
Senang faham walau bergaduh apa kurangnya

Hee =)

P/S : Tiada sesiapa yang berkenaan . Saja saja meng'post' this item . wee~ Entah II akan disiap kan dalam beberapa masa yang terluang . hoho ~

This is the real of me .




Feb 17, 2011

Tournament

Ptft ? Awal bulan Mac ni ada "chess tournament"  peringkat daerah kot . Entah . Last year peringkat negeri . Tak ambil tahu langsung pasal chess tournament ni .. Dapat tahu pun dah LAST MINUTE dari guru penasihat tu sendiri . hoho . Diikutkan dengan prinsip atau pelan yang hendak dilakukan , memang nak berlaku cuma pelan tu pula yang malu malu tak nak jadi .
 1st of all , semua kelas wajib hantar seorang wakil untuk VS. dengan kelas lain . Baru dapat "detect" budak yang sememangnya ada bakat main chess . (tapi kebanyakan budak budak ni suka main dota dalam FB) hehehe =)

Tapi kebanyakan apa yang berlaku , aku yang selalu "menang dengan dia orang ni" hoho ~ oppss ~ before salah faham , actually  menang pada kekalahan . nehhh ~ masih nak belajar sikit sikit . kalau aku terer sekali pun , confirm aku ta kan teringin nak join their tournament tu . hee benda ni lah yang aku hari hari "menonton" demi sekolah yang aku banggakan .


Benda alah ni la yang aku duk ngadap tiap tiap detik terluang
P/S : Hopefully dapat masuk P15 untuk chess tournament kali ni . hehe . kalau tak dapat pun , tak pelah . Atleast mencuba dari pendam kan bakat bakat memain chess ni . Amin ~

17 February 2011





Ptft ? What had happen on this unexpected day ? Just to say that , i'm writting this post just for my enjoyment . ( not involved any private things or any various types of story make ) wee~ JTT :

" Happy Bithday "
 You're 19 already !
May Allah bless u ..

Hoho ~! Siapa pula orang ni kan ? Okee . Hanya mahu dikenali sbg " my bestest buddies ever " . Seorang student yang sedang menuntut ilmu lagy . Agak shock jugak bila dapat tahu , pernah jumpa cuma tak tahu pula yang pernah jumpa . Dapat tahu pun bila dia yang story kisah tahun lepas (kira buka lembaran lama lah jugak~) but , too late for us tahu kisah ni ~! Urgghhh ! Totally bengang lah bila ada orang buka balik story lama . ' Ouh . Yang bawa 1 rombongan serbu 7E tu ehh ? ' * OMG ! Muka aku naik merah bila fikir kan balik hal lama tu ~ btw , lepas hari tu aku gayut dengan .. (entah lah . dah lama uff kan diri ta received message or incoming calls)  Now , baru laugh and laugh balik .. wee~ dapat pen- pals baru .

BTW : "yang lama , tak dilupakan juga .. masih tersimpan rapi lagy didalam ingatan =)  "

Feb 4, 2011

Aduhh =^-^=

Aduhh ~ tak ada masa nak customize balik blog ni . urgghh ! huhu ~ bila lah sayang nak chanteq lagy yup ? sorry sayang :'(   nanty i fix u back ok ? but , not this suckss time beibeh ! wee~ sorry sorry sorry yeah ! semua confirm complete yeah ! :*

Feb 1, 2011

In an Island =)

Woww ! Gorge ! Satu hari yang menarik untuk aku relax all the day tanpa gangguan sesiapa ! Yeahh .. Baru berkemas untuk berlepas ke suatu destinasi yang aku gemar dan "obses" nak ke sana . Pulau Sipadan ! Tetapi beberapa saat sahaja lepas aku menonton Anda Ada 60 Saat memang betul betul merubah apa yang berlaku kat depan rumah aku tu .. Pewwitt ! Chanteq sangat ! Sebuah kereta BMW (series berapa aku tak pasty ) tersadai nun kat sana . Hoho =)  Ku sangka kan aku punya , tapi , ternyata bukan hak milik aku .

Berbalik pada story aku nak terbang ke Pulau tu , belum sempat aku nak departure kat Senai . Ni huh yang berlaku .. *tatapan untuk semua ..


Jambatan Kota Tinggi


Bandar Kota Tinggi
1 February 2011


Jalan Yusof
( Kedai deretan Jam & Kek )

Huh ? Ptftt ? Tak perlu pergi Pulau Sipadan . Kerana di depan rumah aku , sudah menjadi sebuah Pulau .. (near to my home) Haha ! So , Pulau Sipadan cancel . Going to the nearest Island . Btw , aku ada masalah sensitive pada kaky . Jadi , hantar kan sahaja orang orang untuk snap picture picture ni ! Wee~ thanks lah pada Beloved Mama Zai sebab snap this picture for your lovely daughter . hehe =)



Jan 25, 2011

25 January 2011

Tepat jam 4 petang , semua murid yang terlibat dengan aktiviti mereka pasti sudah tiba awal dari guru guru mereka . aku pula ? jam 3.58 baru sahaja sampai di perkarangan depan sekolah . 1st of all , warm up cam biasa . then , diminta untuk latihan lari atau dikenali sebagai merentas desa . berlari ramai ramai sehingga bertembung dengan sekolah menengah tun habab . (sekolah bestari) . tak menjumpai rakan lama . err~ tak kisah . mungkin kamu busy !


Sampai je depan sekolah , terus lah aku berlari anak anak (dah macam orang cacat sebelah berlari , otot sudah kejang) . now , melompat jauh . wee~ kaki aku alahan pada pasir , tapi tetap jua aku melangkah ke garisan . sudah lah terpaksa , terjatuh pula kat situ ! habis semua butiran pasir tu masuk ke dalam kasut aku . sempat untuk ke tandas , aku tinggal kan beg aku bersama rakan rakan aku yang duduk bersidai kat situ .. Allah maha mengetahui . semua nya sekelip mata beg aku hilang ! *kata hati , "engkau mencarut habis habis pada budak yang curi" . tapi kata iman " bersabarlah . mungkin ada hikmah nya ?" * berdepan dengan emosi sendiri . tapi aku memilih untuk mengikut kata iman .


Balik je dari latihan , semua benda nak jadi . ikutkan , aku memang bergantung nyawa je . tapi nyawa aku dah hampir ditarik . tapi , alangkah nasib aku masih cerah lagi .. entah pelbagai dugaan yang minggu sebelum raya cina ni banyak sangat ! sampai aku sendiri tak dapat tahan lagi . nak mengadu ? siapa tempat ngadu aku ? gnay eda nop mac ekalec ! mcm tak cukup sifat , buat tak tahu even dah tahu kondisi aku mcm mana . ya . sememangnya aku memang benar dari awal .

" SEMUA BUKAN SEGALA "

Apa yang terjadi , aku hadapi dengan tabah serta sabar . sesuatu yang berlaku , ada tersirat .

Jan 19, 2011

Experience

Wahh ! merentas desa .. oke . give up , confirm tak boleh dapat top 20 . wee~ tu yang aku jangka . masakan mungkin dengan kaki yang agak kejang begini bisa berlari 6 km . hoho ! yesterday , aku dah puas melompat . first of all , memang confirm tak lepas . tapi , ramai yang expect aku lepas . wee~ setakat gaya je lebih , tapi kaki ni tak lepas , duduk tepi sudah lah . tapi , aku nak menatap kan blog ni dengan sesuatu yang bisa menarik .

Ketika aku tunggu "mama" dengan nad dalam kereta , borak borak lah jugak . masing masing punya ceritera yang tersendiri . tapi aku tabik lah dengan dia sebab dia tak reti nak berbahasa sangat dengan orang . then , kisah FB nak tutup ? noktah ! ada kebaikan dan keburukan FB ditutup . keburukan ; masing masing menggunakan dengan cara salah . kebaikan ; dapat aku mengenali semua pelajar di sekolah aku even name yang ade di IC mereka aku boleh hafal . sedang rancak berbual , sambil tu dengar lah jugak lagu yang sedang memekak tu . sharp ! time tu jugak lagu fav aku kedengaran ! tapi , sayang sekali .. lagu tu menjadi kan aku moody . sebab aku teringat kat seseorang yang minat jugak lagu tu .. serba salah aku di buatnya .(more to private) wee~

Kecoh dengan FB nak tutup , aku malas nak hurai kan apa apa lagi . kalau tutup ; tak kisah . wee~ mungkin it's better kot . tak perlu salah faham lagi , seperti yang berlaku dikalangan member aku sebelum ni , =) it's my time deleted folder yang ada . haha !

Jan 17, 2011

Azam

Tepat jam 1.10 tengahari , semua murid bergegas untuk balik ke rumah , walhal yang nak tunggu vehicle sampai pun mengelabah takut tak ada tempat duduk . tapi aku pada waktu itu , jalan sendirian di kaki lima blok form5 . aku tak tahu mengapa aku disitu , tujuan yang tidak tepat ! tika mahu lagi langkah untuk sampai di hujung kaki , terserempak aku dengan nad . thanks so much , sebab bagi aku tujuan yang betul ketika itu . balik dengan cikgu zahura , ouh oke . the one aku adored . wee~


huk3 . after that. turun je kat tangga berdepan lab form4 , aku dah syak tu kereta beliau . wee~ tak nampak dia pun , tapi aku nampak ? zaki . huhu . entah cam mane dia boleh muncul di situ . selama aku menaiki kereta cikgu zahura (since masuk ahli gaya hidup sihat) , aku mengaku sejujurnya yang aku memang mulut kepoh . wee~ selalu buat kacau bilau dalam kereta . tapi , pada hari ni .. aku kaku . tak berkata apatah lagi berbicara . mungkin azam tahun ni aku dah memang nak jadik pendiam kee ? err~ mungkin ;lah . hehe . bila cikgu diam , nad buat hal dia , zaki .. memandang ke arah luar kereta . dan aku ? spt boneka baru lepas departure . entah aku tak tahu tetiba jadi senyap begitu . ouh . azam aku tercapai juga ! jadi seorang budak yang pendiam ! wee~ amin . alhamdulilah .


cikgu zahura serta hubby nya =)

Jan 15, 2011

28 Jan

Hari jumaat . penghulu segala hari . 28 Jan 2010 amat bermakna bagi aku . sebab aku terpaksa involved dalam satu acara sukan ! err~ bukan 28 Jan actually , 24 Jan 2010 . kenapa ? for first time , aku pengsan tengah padang . urghh ! muka ketat jep sambil kena puji dengan jijie . suruh aku keluar trek .. tapi , aku rilek jee keluar trek tanpa sound dia balik ! wee~

Dengan segera , it's better aku pergi kantin dari jadi boneka baru departure. wee~ dengan serabut , sampai je , aku beli mineral water . sebab air yang aku bawak dah totally habis aku telan . since member aku lemb sangat , harungi jugak barisan budak bakal senior tu .. "psstt ~! name siapa ni dek ?"  malas nak layan , dia tanye aka yang kenal aku . oke . dah dapat name aku . and now , follow aku sampai ke kelas . now what ? number phone . adeiih . aku tak pasti siapa yang nak , maybe aka tadi tu . dengan berat tangan mencapai , bagi jelaa ..

apa name dia ? umur berapa ? apa ? apa ? mengapa ? salah ke ? err~ till now , masih kawan . (kawan ? wee~ ada gossip mengatakan aku couple dgn dia? wee~ tak kisah laa.. tak betul ) dan 28 Jan 2011 , cukup lah setahun kenal . bergaduh . bermasam muka . salah faham . gelak tawa . kongsi masalah . wee~ dan 1st time aku berkawan dengan umur yang jauh 3 tahun ni , masih keep in contact . woot woot

Jan 14, 2011

PBB

Zone bahaya . (Sue kena tangkap sebab pakai baju kem) . Officially , aku pun sepatutnya in charge bersama Sue . wee~( confirm balik ni gua bakar baju ni dalam oven !) bagi sesiapa yang pakai baju , bukan baju sekolah , confirm cikgu displin akan tarik . tapi , bagi aku , baik aku ber"muka ketat" dari nama aku tercalar dek sebab tu . tapi , aku malas nak berleter lagy pasal benda tu . menyakitkan hati aku setiap detik masa berlalu . hoho ~

PBB ? Persatuan Badan Beruniform . dari pengakap marin , berubah puteri islam .grr~ jauh nya pegi doe . bab bab lain tak payah tanya lah ! entah benda yang tak masuk akal jee aku dapat . permainan dan sukan , bola lisut , dikenali sbg softball . err~ aku yang aku tahu , aku mahu kan futsal sahaja ! wee~ dan aku dah plan dengan Sal . siapa Sal ? aku tak reti nak describe orang nya macam mana . woo ~

Tak sempat nak upload bahan yang ada . wee~ yang penting , sharp bulan 7 ada hari koko . confirm dah ada member or crew tuk main . (Aku dah excited . tapi , tak kan main berdua jee?) tengok jep lah budak yang sedang menyepak , sepak , tendang , skill mereka tuu . even , buat buat pandai main pun dapat merasa sepak bola tu sampai ke bumbung futsal tu kan ? =)

Tak mengapa . banyak lagy tahun aku boleh join . sayang sekali , mungkin sehingga 2012 sahaja ? wee~ untuk 2014 , aku nak amik addtion subject . bila aku sebut jee , confirm ramai tak percaya . B.Arab dan Tasawuf ? err~ budak yang mischivious macam aku , mmg tak percaya . tapi buat buat lah percaya .

Jan 10, 2011

Ouh awak !

Awak .. saya ni sakit haty sangat dengan awak . awak selalu buat saya menangis dengan tetiba . kadang kadang saya sendiri tak perasan yang air mata ni sudaa bergenang nak menitis ke lantai . huhuhu ="(
Saya tahu lah awak tu cute , comel , kecil jee . tak macam abang awak , dah lah gemuk , besar , dan mungkin tak laku . tapi saya tak bermaksud nak sakit kan haty abang awak tu !

Dia selalu ada bila awak tak ada . abang awak tu tak ada lah buat saya menangis , meleleh air mata sebab dia ! =P  Disini saya nak cakap : bukan semua benda yang tak sempurna atau , terkurang perkara yang sikit dari pandangan mata kita ..

Awak memang saya tak suka tahu !!! biar lah awak nak jealous ke hape oke ? =) abang awak , cik bawang besar , sedap dan ranggup . awak terlalu comel sebab awak cik bawang kecil atau nama awak , cik bawang rose sebab kecil jee . wee~ awak pun sedap untuk saya buat rencah nasi goreng saya kali ni !! =)

*hoho ! akhirnya sedap juga yeah =) ?

Jan 7, 2011

Sayang Aku !

Adalah lebih baik , awak ada dekat dengan saya . agar saya tidak perlu risau kan keadaan awak . adalah juga lebih baik , dari awal tak perlu kenali saya ! akhirnya , awak pergi tanpa suara (memang lah tak bersuara , kau pun bukan ada lagi kan ?) Urghh .saya merana kerana awak ! saya terseksa kerana awak ! tahu tak betapa nilai nya harga engkau ? dahulu , saya sering tak endah dengan awak . awak sering juga muncul tiap kali saya tidak panggil nama mu .. namun , kau sakit , aku biarkan ..

Kenapa kau pergi dan tak kembali ? saya terlupa bahawa , saya sayang sangat awak ! baru saya tahu hidup tanpa awak memang menyusahkan ..

tapi , saya nak cakap : terima kasih sebab berjasa untuk saya walau seketika . dan tidak dapat menjaga awak sepenuhnya .. akhirnya , awak hilang di tangan orang lain . *sue punya keja lah ni ! dalam ue ade mcm mcm . lagu pun tarak masyuk dalam PC lagy .

dan saya nak announce : saya sayang awak cik pendrive !! huhu .. baru ku tahu yang diriku amat menyayangimu .. *i need a pen , while i'm driving .. wee~

Jan 5, 2011

Salah warna atau salah sendiri ?

Suasana pada waktu petang, pasti santai dan rileks sahaja . namun , disebalik itu ada juga yang mengambil peluang berjalan jalan , menapak, merayap dan lain lain . tapi , bagi aku ketika itu , emosi tidak berapa stabil . jadi , mahu sahaja aku memaki hamun sesiapa yang menegurku . dah senja ? apa tenung lagi ? balik lah !

Hoho . pada waktu nak senja sudah masa nak bersihkan diri dengan kata lain , mandi . sedang aku khusyuk memikirkan persoalan yang sering ditanya oleh diri sendiri dalam keadaan yang tidak begitu elok, aku langsung tidak sabar untuk menyabun badan . dan ketika itu ..

Aku tidak sedar bahawa yang mana satu shampoo ? mana moisture badan ? dua dua kelihatan berwarna hijau . sediamaklum mula mula aku sedar nak shampoo tapi , malang tidak berbau , aku mengambil moisture badan dan lumurkan pada kepala . berhenti seketika dan sedarkan diri di alam nyata ! oke . salah barang yang digunakan ! ketika itu , aku tergamam dan bengang sendirian di dalam bilik air ! =)

*rabun warna atau rabun bahan bacaan yang sedia maklum di tulis ? huhu .

Jan 2, 2011

1st Day

Urghh ! banyak benda aku kena ambil risky ! 3rd Jan 2011 . paling malang sungguh lah dalam hidup :P

Pagi , naik bas . causing mama bulan 3 dah busy dengan dia punya agenda .tak sampai sekolah , "jam" di tengah jalan . walawey ! dah nak sampai sekolah , ambil jalan "shortcut" ke sekolah . kaki . jalan .. jalan.. dan jalan.. sampai satu lorong , oke . jalan ramai ramai sampai sekolah . hwa5 . tiba kat sekolah pulak , mencampakkan senyuman. well . dah lama dah tak masuk sekolah . spt ketika aku menjadi "junior" last year .

kesian pulak aku pada kawan baru aku last year , mira . apasal lah budak budak yang dulu sekelas dengan aku langsung tak ambil tahu pasal dia . nasib dia jumpa aku . aku bawak dia pergi tapak perhimpunan . terserempak pulak dengan "madam" . fuhh ! ambil berkat jumpa dia . madam pulak dapat tahu aku dapat tawaran jadi pengawas . aku dah TERreject masa daftar aritu . rasa sesal kalau tak ambil . masa assembly pulak , aku rilek je spt budak yang baru lepas dr tekanan jiwa di kira spt bru lepas kuar hospital permai . hoho . bangga lah sebab dah tak lagi junior . tup..tup.. masa nyanyi lagu kebangsaan , kembar aku "miza" . tarik keluar tapak perhimpunan , suspen gak takut kalau kalau aku memekak tetiba . ouh . suruh jaga tempat tu dari sebarang gangguan bunyi yang budak budak ni buat . means aku jadi prefect .

2 jam berdiri !! kaki ni spt dah tak boleh berfungsi nak berjalan . tapi time tu jugak aku suka . tarik tarik budak yang tak ikut displin . haha ! sampingan buat masa sekarang , kena kawal pintu masuk sekolah . macam "dashboard" kena jaga kat situ . masuk kelas , angkat meja dr bangunan form6 . masa belajar , menguap bagai . tahan je lah ! masa guru kelas masuk , dah macam nak gaduh pulak aku dengan budak laki kelas aku . brr~ tak bagi respon walaupun suara aku dah cukup lantang tuk diperdengar .
yeah ! penat lalui . ni tulis pun paksa diri dari tergelak sensorang dalam bilik terkenangkan nasib aku ari ni .

*the most year aku agak dislike . guru yang ajar aku masa junior , ambil aku balik time form3 . err~ lagi 1 year lagi . sabar sabar .

Apa jadi ?

Suasana yang kelam dan suram dikala petang buat aku mahu terbuai sebentar bersama mimpi .. mimpi ..mimpi .. mimpi .. dan terus bermimpi .... tepat jam 3.37 petang , handphone aku menjerit jerit untuk di accept . tak boleh aku bersenang ! capai handphone dan memberi salam . tetapi ,.. apasal menjerit jerit lagi ? bukankah aku dah received call tu ? grr~ mata yang mengantuk boleh jadi fresh spt ikan yang baru makan umpan cacing ! one more handphone didalam drawer . oke . i get it ! nama yang tertayang bertulis "estienovija" . jawab dgn tenang serta beri salam .

Di pertengahan perbualan , ouh no ?! aku lupa tentang esok .. grr . terus sahaja aku mencampak kan handphone tu di atas katil . tak terfikir barangkali , mungkin handphone tu rosak atau terus Rest In Peace . grr . esok sekolah ? aku tak ready pasal keperluan .. ingat aku dah gelabah tahap gaban ? not at all . aku boleh sambung balik tidur yang tadi terhenti . hoho . menyambung mimpi dan nightmare sebentar tadi .. oke . aku terbangun dengan sendiri . tapi weird sangat , kenapa aku ni masih boleh berlegar legar tempat sama ? bantal begitu empuk memanggil ku lagi ?


Ouch ! Dumn ! arghh sudaa .. habitat yang serupa berulang lagi . jatuh katil lagi ? hishh .. adik aku bangun terus jadi deejay radio yang tak bertauliah disebabkan aku mengigau . main tarik tangan dengan kaki dia ? fuhh . tak sedar lah . sorry sesangat . 10 minit lepas tu , handphone aku menjerit . kali ni sure "estie" lagi yang call . huh ! message dari estie . oke .. reply dengan tenang tanpa perlu menerima bebelan adik aku .

*sebelum tidur , pastikan basuh tangan dan kaki untuk mencegah "penyakit" berbahaya kepada orang lain spt mengigau . hoho =)